BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 17, 2010



Syok sangat ke merokok ni??


BERHENTILAH, tak ada faedahnya menghisap rokok...” kata mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, dalam satu kempen antimerokok yang pernah dirasmikannya. < Harian Metro, 16 Ogos 2010, Isnin>

Kenapa perlu merokok? Best sangat ke dengan telan asap rokok tu? Rasa apa dengan asap rokok tu?

Bagi perokok semestinya banyak jawapan yang akan diberi.. Saya pernah mendengar jawapan daripada seorang pelajar sekolah yang datang membeli rokok di kedai runcit nenek saya apabila diajukan soalan daripada sepupu saya,, " Best kat mana hisap rokok tu?". Budak tu dengan slumber menjawab, " macam makan nasi lah..." sambil berlalu pergi.. Saya berfikir sejenak, 'begitu kuat penangan rokok ni.. astaghfirullah'.. Dari dulu sampai sekarang, dah pelbagai ikhtiar dan kempen yang dilakukan oleh pelbagai agensi untuk menyedarkan masyarakat yang menjadikan rokok sebagai sebahagian dalam hidup mereka.. Namun tetap juga dengan kehidupan mereka dengan membakar duit semata-mata untuk mendapatkan rokok.. Tidakkah ianya merupakan salah satu amalan yang boleh dikatakan pembaziran? Membakar duit semata-mata untuk menghilangkan strees dengan merokok.. Kenapa tak hilangkan strees dengan menunaikan solat sunat ataupun mengagongkan kitab Illahi? Tambahan sekarang ini kita sedang berada dalam penerbangan Ramadhan Kareem.. Begitu indah sekiranya kita betul-betul memanfaatkan suasana Ramadhan dengan melebihkan Ibadah dan mengurangkan pembaziran..





Bersempena Ramadhan yang mulia ini, kita sebagai hamba-Nya adalah lebih baik berperang untuk kebaikan diri dan juga orang sekeliling kita dengan menjauhkan diri dari rokok. Mungkin dengan adanya kekuatan iman dan takwa yang dijana melalui ibadat puasa dapat mengatasi masalah ketagihan merokok. Bagi individu yang tergolong dalam ketagihan rokok, mungkin sukar untuk berpisah daripada rokok. Pada kebiasaannya perokok tidak akan senang duduk jika tidak merokok dalam tempoh tiga atau empat jam. Jika ditahan keinginan itu akan menyebabkan perasaan tidak tenteram dan tidak dapat melakukan tugasan lain. Hal ini kerana tubuh perokok telah terbiasa dengan nikotin. Nikotin merupakan sejenis dadah yang terkandung dalam sebatang rokok yang membuatkan penggunanya akan terasa ketagih selepas 2 atau 3 jam menghisapnya.


Saya yakin, semua perokok tahu risiko negatif menghisap rokok, terutamanya untuk kesihatan diri. Malah pihak kerajaan juga telah mewajibkan syarikat pengeluar rokok supaya mempamerkan gambar-gambar yang ‘agak menakutkan’ kesan merokok. Persoalannya, kenapa masih ramai yang terus merokok? Setiap hari ada sahaja perokok baru yang muncul termasuk kanak-kanak dan remaja. Beberapa bulan lepas, berita gempar dengan seorang kanak-kanak yang baru berumur 2 tahun yang sudah pandai menghisap rokok. Mengapa hal ini terjadi? Kejadian ini berlaku di Musi Banyuasin, Indonesia. Budak ini bernama Ardi Rizal. Dia mampu menghabiskan 40 batang rokok sehari. 

Menurut ibunya, Ardi mengalami ketagihan yang teruk sehinggakan dia akan  menjerit dan menghentakkan kepalanya di dinding jika tidak diberikan rokok.

Ardi hanya menghisap satu jenama rokok sahaja, dan dalam masa sehari keluarganya terpaksa menanggung kos sebanyak 3.78 pound iaitu lebih daripada RM20. 

Oleh sebab jahil dalam soal kesihatan, bapanya seorang nelayan memberitahu wartawan bahawa anaknya tampak sihat dan dia tidak melihat sebarang masalah terhadap kelakuan anak kecilnya itu.

Aduhai, adakah anda boleh menjangkakan keadaan budak ini, jika dia masih merokok untuk beberapa tahun akan datang?
  smoking 2 year old budak umur 2 tahun merokok

Merokok bukan sahaja memudaratkan diri si perokok, tetapi ianya juga mengancam kesihatan orang di persekitaran termasuk keluarganya. Kajian juga mendapati kesan asap rokok lebih mudarat kepada orang lain berhampiran yang menghidu asap rokok tersebut berbanding si perokok itu sendiri. Ini bukan sahaja cubaan membunuh dirinya sendiri, malah perokok juga mampu membunuh orang lain kerana perbuatan ‘kotor’ yang dilakukannya. Sabda Rasulullah s.a.w, “Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (Riwayat Ibnu Majah) .


Bagaimanapun yang menghairankan kebanyakan individu, perokok boleh menahan diri daripada merokok selama 12 jam dalam bulan Ramadan bermula dari sahur sehinggalah berbuka puasa. Perkara ini juga tidak dapat dijawab dengan ilmu sains, melainkan mengakui itulah keberkesanan puasa meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri manusia.

Ini menjelaskan ketagihan merokok dapat diatasi sekiranya minda kita menguasai dan meyakinkan tidak boleh merokok dalam tempoh berpuasa kerana ia akan membatalkan puasa. Hakikatnya perokok mampu menahan diri daripada merokok dalam tempoh kira-kira 12 jam dan perkara tersebut merupakan kejayaan yang besar buat perokok yang betul-betul berhasrat untuk berhenti daripada merokok.

Pakar psikologi menjelaskan ketagihan merokok sebenarnya lebih dikuasai oleh minda dan perasaan. Ketagihan merokok sebenarnya dikuasai oleh rasa meluap-luap untuk terus merokok. Hal ini yang menjadikan masalah besar dalam diri perokok untuk menyekat diri daripada merokok.

Ketika berpuasa, segala kekuatan dan tumpuan diberikan untuk menghalang diri daripada melakukan perbuatan membatalkan puasa, termasuklah merokok. Jadi, secara tidak langsung ketagihan merokok akan hilang.

Sekiranya selama ini perokok mendakwa terpaksa merokok kerana ketagih, mengapa pula ketika berpuasa tidak menunjukkan tanda-tanda ketagihan?
Sekiranya 12 jam mampu bertahan, keupayaan yang sama perlu diteruskan. Jika ketika berpuasa tidak merokok kerana tidak mahu membatalkan puasa, tanamlah azam untuk tidak merokok selepas berbuka atau cuba mempraktikkan diri daripada merokok dalam bulan sebulan Ramadhan ini.

Waktu berbuka hendaklah dimulai dengan makan dan minum, bukannya merokok. Selesai berbuka, bersegeralah menunaikan solat Maghrib dan elakkan daripada memberi ruang masa untuk memikirkan keinginan merokok.

Selesai menunaikan fardhu solat, eloklah berdoa kepada Allah swt agar memberi kekuatan diri menjauhkan diri dari tabiat merokok. Sesungguhnya doa dan usaha yang dilakukan pada bulan Ramadan amat mudah dimakbulkan oleh Allah swt.

Setelah itu, perbanyakkanlah masa dengan melakukan ibadat lain seperti melakukan solat sunat dan membaca al-Qur'an sementara menunggu solat Isyak di masjid secara berjemaah dan diikuti solat tarawih. Insya-Allah, segala amalan yang kita lakukan akan dinilai dan direstui Illahi.

Apabila pulang ke rumah, jangan biarkan fikiran dan perasaan dibelenggu dengan rokok. Cuba terus memperjuangkan diri untuk tidak bersama rokok dan sebaiknya elakkan diri berada bersama-sama orang yang merokok.



0 ulasan: