BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 24, 2010



TAK SANGGUPKU MENANGGUNG RINDU…
RINDUNYA………!!!

Apa yang dimaksudkan dengan rindu sebenarnya? Kenapa perlu merindu?
Rindu lahir dari hati yang merangkumi aspek jiwa dan perasaan terhadap seseorang atau sesuatu Perasaan jiwa ini biasanya menjadi ungkapan dalam mainan hidup terutamanya kepada para muda-mudi kita.

Secara semulajadinya manusia diciptakan oleh Allah swt dengan perasaan rindu yang lahir daripada hati. Sungguh indah sebuah kerinduan itu jika manusia betul-betul mencorakkannya dengan sempurna dan pada jalan yang benar. Dengan adanya sifat kerinduan dalam hati, maka hati kita akan merasa tidak akan sempurna jika tidak menunaikan apa yang terngidam rindu di hati. Semakin lama kita tidak berjumpa ataupun sukar digapai sesuatu yang kita rindukan, maka semakin rindu dan semakin ingin bertambah harap pada sesuatu.


Secara amnya, rindu biasanya didefinisikan dan dikaitkan dengan sesama manusia. Umpamanya ibu merindukan anaknya, perasaan rindu sesama keluarga, rindu di antara rakan dan taulan dan juga rindu merindu di antara suami dan isteri.rindu seperti ini dibenarkan oleh Islam selagi terwujudnya batasan agama di antara sesama manusia itu.

Namun apa yang menyedihkan pada hari ini, kebanyakan manusia tidak memahami maksud sebenar rindu itu dalam diri mereka sendiri dan juga untuk agama yang mereka sanjungi. Jangan menyatakan anda sebagai muslim atau muslimah sejati jika anda tidak benar-benar memahami erti rindu sebenarnya dalam Islam. Hal ini biasanya berlaku kepada golongan remaja begitu asyik dibuai melodi cinta sesama hati. Tahukah sahabat-sahabat sekalian bahawa cinta sebelum disahkan sebagai suami isteri belum mendapat keredhaan Illahi? Nauzubillahi min zalik. Bukan setakat cinta tanpa redha Illahi sahaja dimurka oleh Allah swt, malah wujudnya perasaan rindu sesama pasangan yang belum disahkan dalam akad nikah turut dikategorikan sebagai ZINA…. YA ALLAH…. Tidak takutkah wahai sahabat-sahabatku dengan dosa zina yang wujud dalam hati sahabat selama ini?


Sebagai diketahui umum, dalam al-Qur’an ada menyatakan ayat yang menyentuh mengenai perbuatan terkutuk ini. Firman Allah swt:

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
Bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
                                                                                                           (Al-Isra’: ayat 32)

Namun  apa yang dikesalkan terhadap muslimin pada hari ini adalah hanya memandang kosong sahaja peringatan Allah swt di atas dan tidak mahu dititipkan di dalam hati mereka sendiri akan takutnya dosa dan azab dari Allah swt terhadap kesalahan yang dilakukan . Bagi mereka, mereka lebih seronok dan bahagia melakukan perkara yang jelas ketara tidak disukai oleh Allah swt. Mereka tidak takut untuk terus melakukan dosa zina walaupun semakin hari umur kita semakin menghampiri kematian. Tidak takutkah anda jika tiba-tiba maut menjemput anda dalam keadaan yang masih dinodai dosa akibat dosa zina hati yang anda lakukan?
Dalam hadis baginda Rasulullah saw telah memperincikan mengenai jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw. bersabda :
Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti[1]

Dalam hadis Nabi di atas memberi pengertian yang meluas dan perlu di fahami oleh umat Islam sepenuhnya. Apabila kita memandang si dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati si dia, membuatkan si dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui si dia, memikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Bagi yang belum terjebak dalam soal cinta sebelum nikah ini, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali terasa ingin mencuba dalam dunia cinta tanpa redha Illahi ini. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap haribulan, keterlanjuran boleh berlaku dalam diri. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

            Sesungguhnya, memang diakui setiap manusia mempunyai kelemahan tersendiri. Namun adalah lebih baik setiap kelemahan itu diperbaiki dan dimuhasabah dalam diri agar diri kita tidak terus dihanyut oleh kerinduan yang diharamkan di sisi agama dan Allah swt. 

 

0 ulasan: